Ia sama makna dengan hadits (Al-Tsaqalain - dua perkara berat) yang diperintahkan Rasulullah pada umat supaya mengikut keduanya dan berpegang kepada kedua-duanya.
عن زيد بن أرقم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم. (إني ترك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي؛ أحدها أعظم من الآخر؛ كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض وعترتي أهل بيتي ولن يتفرقا حتى يردا على الحوض فانظروا كيف تخلفوني فييهما(
وعن جابر بن عبد الله قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجته يوم عرفة وهو على ناقته القصواء يخطب فسمعته يقول: يا أيها الناس، إني تركت فيكم من (ما) إن أخذتم به لن تضلوا كتاب الله وعترتي أهل بيتي (
Dan dari Jabir bin Abdullah katanya: (Aku melihat Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam dalam hajinya ketika di 'Arafah, sementara baginda berkhutbah di atas untanya - Al Qashwa`- dan aku mendengar baginda bersabda : ‘Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan di tengah-tengah kalian (sesuatu) yang jika kalian berpegang dengannya, maka kalian tidak akan pernah sesat, iaitu Kitabullah, dan ‘itrahku ahlul-baitku.) [30]
وعن أبي سعيد الخدري، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إني قد تركت فيكم ما إن أخذتم به لن تضلوا بعدي الثقلين أحدها أكبر من الآخر كتاب الله حبل ممدود من السماء إلى الأرض وعترتي أهل بيتي ألا وأنهما لن يفترقا حتى يردا على الحوض)
Dan dari Abi Sa'id Al-Khudri ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: (sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kalian berpegang dengannya, kamu tidak akan pernah sesat selepasku, iaitu tsaqalain salah satu dari keduanya itu lebih besar dari yang lain, iaitu; Kitabullah adalah tali yang terbentang dari langit ke bumi, dan ‘itrahku ahli baitku, dan keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang menemuiku di telaga,) [31]
-----------------------
[29] Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi dalam Sunannya: J 5 hal 328-329 no 3876, berkata mengenainya: "Ini adalah hadits hasan gharib", dan diriwayatkan oleh Al-Muttaqi Al-Hindi dalam Kanz Al-‘Umal - J 1 hal 173 no 873, dan diriwayatkan oleh Abd bin Humaid bin Nasr Al-Kassi dalam Muntakhab musnadnya hal 107-108 nombor 240 dengan sedikit perbezaan, dan disahihkan oleh Al- Albani dalam Shahih Sunan Al-Tirmizhi, J 3 hal 543-544 no 3788, di mana beliau berkata:. (Shahih: "Al-Mishkat" (6144), "Al-Raudh Al-Nadhir" (977), (978 ), "Al-Shahihah" (4/356-357), dan juga disahihkan dalam Shahih Al-Jami’ Al-Shaghir hal 382 nombor 2458.
[30] Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi dalam Shahihnya: J 5 hal 327-328 no 3874, berkata mengenainya: "Hadits ini adalah hasan gharib dari pendekatan ini.
Dan Zaid bin Hassan telah meriwayatkan mengenai Sa’id Bin Sulaiman dan selainnya salah seorang dari ahli ilmu."
Dan Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Ausath: J 5 hal, 89 dan juga diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan lafaz ini dalam Al-Mu’jam Al-Kabir: J 3 hal 66 nombor 2680, dan ia telah disebut Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah: J 4 nombor 1 761 dan melihat kesahihannya.
[31] Musnad Ahmad bin Hanbal: J 3 hal 59, dan dihasankan oleh Hamzah Ahmad Al-Zain dalam mentahqiq Musnad Ahmed:. J 10 hal 184 no 11499, ketika ia berkata: "Isanadnya hasan disebabkan Al-‘Aufi", dan dihasankan Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah: J 4 hal 356-357 di bawah No. 1761, ketika ia berkata: "Ianya isanad hasan dalam Al-Syawahid,"
Tidak ada komentar
Posting Komentar